Pages

Showing posts with label rEnungAn. Show all posts
Showing posts with label rEnungAn. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

buat insan bergelar isteri....

muhasabah diri bagi insan yg bergelar isteri...
...bila mana kita membuat dan memberikan segelas air buat suami walaupun hanya sekadar air kosong.... fadhilatnya kita mendapat pahala puasa selama setahun...
...bila mana kita menyediakan masakan dan mengenyangkan suami.... fadhilatnya kita mendapat pahala haji dan umrah...
...bila mana kita memberikan apa saja perkhidmatan kepada suami... fadhilatnya kita mendapat pahala yg tidak putus2...
bilamana kita menghamilkan benih suami... fadhilatnya kita mendapat pahala syahid...

Allah sayangkan kaum hawa... sama2lah kita muhasabah diri agar kita mendapat keberkatan daripadaNya... InsyaAllah...
Sharing is caring... ( the info )




the best preparation for tomorrow is doing your best today...


019 - 6496265

sur_marlis@yahoo.com

Wednesday, December 02, 2009

hari ini dalam sejarah...

salam everybody...
hari ni mmg dlm sejarah kat smk seksyen 5, wangsa maju.. bukan takat hari ni la .. nak dceritakan tahun ini.. sbb nya .. pertama kali dtg skolah waktu cuti, keta kat parking lot penuh.. naik bilik guru.. wah meriahnya cm bukan cuti panjang.. cm cuti shari 2 jer.. meriah .. masing2 sibuk menyiapkan keje..

hmmm slama ni org dok ingat keje cikgu senang.. half day.. banyak cuti.. hmm dah takder dah sumer tu.. mana de lagi half day .. waktu cuti ni pun kena dtg skolah gak.. kl waktu skolah plak.. cikgu pagi datang paling koman lewat pun kul 7.20pg.. wlpun hbs skolah kul 1.30 .. paling awal yg akan balik pun 2 lebih.. dan ada gak yg stay smpai petang.. jgn tekejut.. bila cikgu petang dah nak balik but still ada lagi cikgu pg yang stay.. dgn baju yg dh tak tau bau apa dah.. hmmm dari pagi kat skolah kan.. we all yg petang ni relax sket ..ha ha ha relax ker??? tepuk dada..tanya kebenaran..

student yes dorng cuti.. cikgu kena skolah beb waktu cuti ni pun.. kena keje... so jgn la pandang sebelah mata cikgu ni.. kami ni pun bekerjaya jugak.. cm sumer org.. cumer kelebihan kami ada cuti panjang ( wlpun skang ni dah tak brp panjang dah ) sbb .. terkilan gak la ada kebanyakan org yg mengecilkan kerjaya perguruan ni.. ( tak sumer la tapi saper mkn cili dia yg rasa pedas )

so sama2 la kita amik iktibar.. tanpa guru takkan lahir pemimpin di dunia.. dengan guru lah sumer org belajar menulis, mengira dan membaca.. wassalam...

Sunday, October 11, 2009

syawal semakin berakhir...

salam syawal everybody
syawal dah makin berakhir
jangan asyik sibuk ngan rumah terbuka jer
posa 6 buat dak???
tambah pahala di bulan syawal
apa salah nya
kalau buat
kelebihan untuk diri kita jugak
tapi kalau tak buat
tak de lah mengurangkan kita
cuma fikir2 lah sendiri
kita buat semua ni untuk sape
sementara kudrat yang dianugerahkan ni masih berfungsi
cuba2lah panjatkan sikit kesyukuran tu
jangan asyik ke duniawi sangat
ukhrawi pun ingat2 lah jugak
bukan nak membebel
tapi sekadar memperingati sesama insan
kaum seagama sekalian
pesan memesan antara insan
wallahualam



Sunday, September 13, 2009

penantian berdoa

Assalamualaikum w.k.t.
Saudara seagamaku,
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu
Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya.

mukjizat bismillah


"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu,
suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.
Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia,
maka semua awan berlari ke arah barat,
angin terdiam, air laut bergelora,
mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya,
tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit
melainkan menjadi ubat untuknya dan
tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu
melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid,
maka bacalah BISMILLAH
setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf
dan malaikat penjaga neraka ada 19.
Ibnu Mas'ud berkata:
"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka
maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam)
hingga tiap huruf berkata,
"Siapa yang membaca BISMILLAH
maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH
nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH
maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH
sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,
maka akan terpelihara dari gangguan syaitan,
kecurian dan kebakaran,
maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali
di hadapan orang yang zalim,
hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim
serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulluah,
"siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya
maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

rahsia memotong kuku

RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA
YANG ERTINYA
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu *
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad *
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin *
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa *
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu *
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis *
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..
* Hari Jumaat *
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala



Selamat memotong kuku...

Thursday, July 30, 2009

suRah aL-ikhLas

Keberkatan Surah Al - Ikhlas

Sebelum memulakan kerja
Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Rumah
Sebelum masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (3x)
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak- anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wallahu a'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...